Astro nak naik RM15.00 setiap pakej

Friday, June 10, 2011

Kadar Tarif Elektrik Naik

Kenaikan Kadar Tarif Elektrik akan memberi kesan kepada perbelanjaan sesebuah isi rumah. Setiap isi rumah harus mengamalkan sikap berjimat-cermat semasa menggunakan peralatan elekrik. Selain itu kenaikan ini akan memberi kesan kepada pihak industri, sekali gus akan meningkatkan kos pengeluaran dan harga barang akan naik. Oleh itu penjimatan yang berhemat dan bijak mesti di amalkan dalam kehidupan seharian.

Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu

Telah dilantik sebagai GC pada 29 Mac 2011. Mendapat surat perlantikan pada satu Majlis yang diadakan di Dewan SK Padang Garong pada 07 Jun 2011 ( Majlis Penyampaian Surat Anugerah Perlantikan/Penempatan (AP). Bukan senang untuk menjadi GC, seseorang calon terpaksa melalui proses yang rumit dan mencabar. Calon GC akan dinilai oleh pihak sekolah, mengisi borang permohonan dan menyediakan tugasan seperti yang dikehendaki. Perlu menyediakan idea baru atau inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) berserta dengan laporan dan dokumentasi yang lengkap. Calon yang terpilih akan dipantau oleh dua orang Nazir, semua aspek akan dinilai. Proses P&P, pengetahuan am dan ikhtisas, setiap dokumen yang difailkan akan dibelek satu-persatu dengan pelbagai pertanyaan oleh Nazir. Nazir akan menjalankan temubual dengan pelajar, rakan sejawat dan pentadbir mengenai segala perkara yang berkaitan dengan calon GC. Selain itu calon GC juga akan menghadapi sesi soal jawab dengan nazir. Cukup mencabar dan sukar sekali. Apabila menerima jawatan sebagai GC, kerja akan semakin bertambah. Seorang GC mesti menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar, rakan sekerja dan yang paling utama ialah GC akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh semua orang sekelilingnya.